Leicester mungkin diletak bawah perintah berkurung


Leicester mungkin akan menjadi bandar pertama diletakkan bawah perintah berkurung susulan kes Covid-19 naik mendadak mungkin akan menjadi bandar pertama diletakkan bawah perintah berkurung susulan kes Covid-19 naik mendadak. – Gambar EPA, 29 Jun, 2020.

LEICESTER mungkin akan menjadi bandar pertama diletakkan bawah perintah berkurung susulan kes Covid-19 naik mendadak, kata Setiausaha Dalam Negeri UK Priti Patel semalam.

Dalam tempoh dua minggu sehingga 16 Jun lalu bandar itu mencatat 658 kes baharu, kebanyakannya berkait penularan di kilang makanan.

Patel memberitahu BBC terdapat peningkatan kes di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“Bagi penularan tempatan, jangkitan perlu dikawal, penjarakan sosial, saringan dan banyak lagi langkah perlu diambil,” katanya.

Akhbar Sunday Times melaporkan kerajaan dijangka akan meletakkan Leicester di bawah perintah berkurung dalam beberapa hari akan datang.

Berdasarkan angka rasmi bandar itu mempunyai 340,000 penduduk.

Pentadbiran Perdana Menteri Boris Johnson akan melonggarkan sekatan pergerakan mulai 4 Julai walaupun pakar kesihatan memberi amaran risiko gelombang kedua jangkitan Covid-19.

Restoran, kelab malam dan kedai gunting rambut antara beberapa sektor ekonomi yang akan dibenar buka semula.

Sehingga kini lebih 43,500 orang maut akibat Covid-19 di Britain. – AFP, 29 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen