288 lagi korban Covid-19 di AS dalam 24 jam


Bar di Los Angeles dan enam daerah lain di California diarahkan tutup semula susulan untuk menangani lonjakan kes Covid-19. – Gambar EPA, 29 Jun, 2020.

SEBANYAK 288 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut Johns Hopkins University semalam.

AS masih merupakan negara yang paling teruk terjejas di dunia akibat pandemik yang mula dikesan di China pada Disember lalu.

Bersadasarkan data yang diperolehi universiti di Baltimore itu, jumlah keseluruhan kematian di AS kini 125,768 daripada 2.5 juta kes jangkitan.

Bar di Los Angeles dan enam daerah lain di California diarahkan tutup susulan beberapa negeri mengarahkan semula sekatan pergerakan untuk menangani lonjakan kes Covid-19. – AFP, 29 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen