LEBIH setengah juta orang maut di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19, yang mana hampir dua pertiga daripada jumlah itu di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, menurut data yang diperolehi AFP semalam.
Angka rasmi kematian kini 500,390 daripada 10,099,576 kes jangkitan yang direkodkan di seluruh dunia.
AS berada di depan dengan 125,747 kematian, diikuti Brazil (57,622) dan United Kingdom (43,550).
Data yang diperolehi AFP dikumpul daripada pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bagaimanapun, data dipercayai hanya mewakili sebahagian daripada jumlah kes sebenar kerana kebanyakan negara hanya menguji kes bergejala dan serius. – AFP, 29 Jun, 2020.
Komen