Dr M sertai pemimpin dunia gesa beri vaksin Covid-19 secara percuma


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyertai sekumpulan pemimpin dunia untuk menggesa kepada kerajaan supaya memberikan vaksin Covid-19 secara percuma demi kebaikan dunia bersama. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Jun, 2020

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyertai sekumpulan pemimpin dunia untuk menggesa kepada kerajaan supaya memberikan vaksin Covid-19 secara percuma demi kebaikan dunia bersama.

Antara yang menyertai gesaan itu termasuk pemenang Nobel, pemimpin masyarakat sivil dan pemimpin moral dari seluruh dunia untuk meminta agar vaksin koronavirus diberikan secara percuma dan bebas daripada hak paten.

Mereka juga menggesa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk mewujudkan Pelan Tindakan Dunia bagi vaksin Covid-19.

Selain itu mereka meminta WHO menubuhkan jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi memantau kajian dan memastikan akses sama rata bagi semua negara dan semua penduduk.

Mereka berkata kerajaan, yayasan dan pertubuhan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan bank pembangunan serantau perlu mencari jalan bagi memastikan vaksin itu diberikan secara percuma.

“Kita merayu kepada semua pemimpin dunia, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ketua Pengarah WHO, pemimpin agama, pemimpin sosial, pemimpin moral, pemimpin makmal kajian, syarikat farmasi dan pemimpin media untuk sama-sama memastikan vaksin Covid-19 diberi secara percuma.

“Hak kita untuk kesihatan hanya dapat dijamin oleh kewajiban kita terhadap kesihatan, baik pada peringkat individu dan kolektif. 

“Sebagai keutamaan, ada keperluan untuk pengiktirafan konseptual kami, dan terjemahan sebenar menjadi tindakan, tanggungjawab kami, ”kata mereka.
 
“Disebabkan pandemik Covid-19 terus merebak di seluruh dunia, banyak kajian dan ujian klinikal dijalankan bagi mencari penawar dan vaksi,” tambah mereka.

Mereka berkata wabak itu telah memperlihatkan kekuatan dan kelemahan sistem penjagaan kesihatan di banyak negara, serta halangan dan ketidakadilan akses kepada penjagaan kesihatan. – 28 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen