Setengah juta penduduk di China kena perintah berkurung


Pemantauan suhu badan masih dilakukan di kebanyakan tempat di seluruh China bagi mengesan jangkitan virus Covid-19. – Gambar EPA, 28 Jun, 2020.

HAMPIR setengah juta penduduk dikenakan perintah berkurung di China selepas penularan baharu wabak Covid-19 di Beijing.

Selepas China hampir mengawal penyebaran virus itu, ratusan kes jangkitan baharu dikesan di Beijing dan kes kini muncul di wilayah berjiran Hebei sejak beberapa minggu lalu.

Pegawai kesihatan berkata daerah Anxin yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Beijing dikenakan perintah pengurungan, langkah yang sama diambil terhadap wilayah Wuhan pada awal tahun ini.

Hanya seorang daripada setiap keluar dibenarkan keluar sekali sehari untuk memberi barang keperluan.

Tindakan itu diambil selepas 14 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 di Beijing, menjadikan keseluruhan 311 kes sejak pertengahan Jun lalu.

Kes pertama dikesan di pasar borong Xinfadi di Bejing yang menjual produk barangan segar.

Hampir satu pertiga kes dikaitkan dengan daging yang dijual di pasar itu.

Pihak berkuasa sudah mengambil 8.3 juta sampel dengan 7.7 juta daripadanya sudah diuji.

Penduduk juga dilarang meninggalkan Beijing selain sekolah terpaksa ditutup semula  bagi mengekang penularan wabak itu. – AFP, 28 Jun, 2020.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen