SERAMAI 2,575 warga asing disahkan positif Covid-19 daripada keseluruhan 60,298 golongan itu yang telah disaring, kata Kementerian Kesihatan.
Ketua pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah berkata majoriti kes positif yang dilaporkan hari ini merupakan warga asing.
“Sembilan kes daripada kluster Pedas di Negeri Sembilan dan Melaka.
“Mereka telah dikuarantin kerana terdedah kepada kes positif sebelum ini.
“Setakat 28 Jun 2020, seramai 975 telah disaring dan 326 daripadanya disahkan positif Covid-19. 312 kes daripadanya merupakan warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata memandangkan Malaysia kini memasuki fasa pemulihan, pelbagai prosedur operasi standard ditetapkan bagi setiap sektor.
“Majikan perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan SOP dilaksanakan dengan betul dan terus bekerjasama dengan KKM dengan mengambil langkah-langkah bagi mencegah penularan Covid-19 khususnya dalam kalangan warga asing.” – 28 Jun, 2020.
Komen