Tiada kes penularan tempatan dalam 18 kes baharu Covid-19


Malaysia hari ini mencatatkan 18 kes baharu Covid-19 tanpa sebarang kes penularan tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Jun, 2020.

TIADA kes penularan tempatan dalam 18 kes baharu Covid-19 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata 18 kes baharu itu menjadikan keseluruhan 8,634 kes setakat ini.

Katanya 10 pesakit juga pulih dan dibenarkan keluar hospital manakala kes aktif kini sebanyak 195 kes.

“Daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, empat kes import mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap atau dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham mengesahkan dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan. – 28 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen