187 kes Covid-19 masih aktif, kata KP Kesihatan


SEBANYAK 10 kes baharu menjadikan 187 kes Covid-19 masih aktif dan sedang dirawat, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkat empat daripada jangkitan baharu itu merupakan kes import dan tiga daripadanya bukan warganegara.

Individu berkenaan dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja, katanya dalam satu kenyataan.

Empat kes jangkitan dalam negara pula melibatkan satu kes saringan untuk pembedahan dan tiga dari kalangan pelajar tahfiz.

Dua kes bukan warganegara pula terdiri daripada tahanan lokap di Negeri Sembilan dan satu daripada saringan pekerja kontrak.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan 8,616 kes positif seluruh negara.

Beliau juga mengumumkan 14 orang pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Malaysia akan diisytihar bebas Covid-19 sekiranya tiada sebarang kes aktif dalam tempoh 28 hari berturut-turut. – 27 Jun, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen