Malaysia kekal dalam senarai pemantauan pemerdagangan manusia


Seorang wanita warga Indonesia dikawal oleh pegawai imigresen dalam satu serbuan di Port Dickson pada 2017. – Gambar fail EPA, 26 Jun, 2020.

MALAYSIA kekal berada pada Peringkat 2 dalam laporan senarai pemantauan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Ini tahun ketiga berturut-turut Malaysia berada dalam kategori itu.

Laporan itu berkata walaupun Malaysia tidak memenuhi standard minimum untuk penghapusan pemerdagangan manusia, namun negara ini melakukan usaha yang penting dalam berbuat demikian.

Katanya, Malaysia mengekalkan pendiriannya kerana Putrajaya memberikan sumber mencukupi untuk rancangan bertulis, yang jika dilaksanakan, ia akan menjadi usaha penting untuk memenuhi standard minimum itu.

“Malaysia diberikan pelepasan kerana Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan, kalau tidak ia akan diturunkan lagi ke Peringkat 3.

“Oleh itu, Malaysia kekal di Peringkat 2 senarai pemantauan itu untuk tahun ketiga berturut-turut,” kata laporan itu.

Laporan itu berkata usaha dilakukan oleh kerajaan termasuk mengenal pasti lebih ramai mangsa berbanding tempoh laporan sebelumnya, menambah pendakwa raya yang pakar dalam kes pemerdagangan manusia dan merangka prosedur operasi standard (SOP) pengenalan mangsa.

“Mereka juga mempunyai dua sukarelawan yang pakar untuk membantu mangsa yang dapat menolong lebih 100 mangsa.

“Kerajaan juga menganjurkan secara bersama persidangan anti pemerdagangan manusia yang pertama di negara itu.”

Bagaimanapun, laporan itu berkata kerajaan gagal menunjukkan penambahan usaha secara keseluruhan, berbanding tahun sebelumnya. – 26 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen