PELANGGAN akan dibenarkan memasuki bilik mencuba pakaian di pelbagai pusat membeli-belah, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk membenarkannya selepas tiada kes yang dikesan dari pusat membeli-belah.
“Mereka boleh mencuba pakaian di bilik disediakan. Tidak akan ada masalah tersalah beli baju besar atau kecil.
“Bagi mencuba kasut, kami menggalakkan pelanggan membawa stoking sendiri,” katanya pada sidang media harian kementerian di Putrajaya hari ini.
Beliau juga menjelaskan tukang jahit dibenarkan untuk beroperasi dan juga mengambil ukuran pelanggan.
“Terdapat salah faham, itulah sebabnya banyak kedai jahit tidak dibuka. Apa yang kami maksudkan adalah mencuba pakaian dan kasut tidak dibenarkan.
“Tetapi, sekarang kami sudah membenarkannya.” – 26 Jun, 2020.
Komen