Duta dan kakitangan kedutaan asing beragama Islam dibenar solat Jumaat


Duta dan kakitangan kedutaan asing beragama Islam kini dibenarkan melakukan solat Jumaat di masjid dan surau. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Jun, 2020.

DUTA dan kakitangan kedutaan asing beragama Islam akan dibenarkan menyertai solat jemaah Jumaat di masjid bermula minggu depan, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Surau diuruskan kedutaan juga akan dibenarkan menjalankan solat Jumaat.

“Kementerian Luar Negeri akan menghantar Nota Diplomatik kepada kedutaan terlibat berkenaan SOP yang perlu mereka patuhi.

“Mengenai warga negara asing yang beragama Islam selain yang disebutkan, kebenaran masih dalam pertimbangan dan jika keputusan kita membenarkan, Insyallah saya akan umumkan, tetapi setakat ini statusnya masih sama (tidak dibenarkan),” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Setakat ini, hanya warga Malaysia yang dibenarkan hadir solat jemaah di masjid dan surau. – 26 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen