COVID-19 telah membunuh sekurang-kurangnya 483,872 orang sejak virus itu wujud di China pada Disember tahun lalu, menurut perkiraan dari sumber rasmi yang disusun oleh AFP pada jam 6 petang semalam.
Sekurang-kurangnya 9,500,200 kes Covid-19 didaftarkan di 196 negara dan wilayah. Dari jumlah tersebut sekurang-kurangnya 4,699,300 dianggap pulih.
Data yang dikumpulkan dari pihak berkuasa nasional dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah sebenar jangkitan.
Sebilangan besar negara hanya menguji kes simptom atau yang paling serius.
Setakat jam 6 petang Rabu, sebanyak 4,846 kematian baharu dan 166,151 kes baharu dicatatkan di seluruh dunia.
Negara dengan kematian paling baharu adalah Brazil dengan 1,185 kematian diikuti Mexico dengan 947 orang dan Amerika Syarikat 576 orang.
Amerika Syarikat adalah negara paling teruk terjejas dengan 122,,238 kematian daripada 2,398,491 kes. Sekurang-kurangnya 656,161 orang disahkan pulih.
Selepas AS, negara yang paling teruk terjejas ialah Brazil dengan 53,830 kematian dari 1,188,631 kes, Britain dengan 43,230 kematian dari 307,980 kes, Itali dengan 34,678 kematian dari 239,706 kes dan Perancis dengan 29,752 kematian dari 197,755 kes.
China – tidak termasuk wilayah Hong Kong dan Macau setakat ini mencatatkan 83,449 kes, meningkat 19 sejak Rabu termasuk 4,634 kematian dan 78,433 kes pulih.
Secara keseluruhan Eropah merekodkan 194,758 kematian dari 2,593,193 kes, Amerika Syarikat dan Kanada 130,777 kematian dari 2,501,065 jangkitan, Amerika Latin dan Caribbean 103,436 kematian dari 2,236,632 kes, Asia 31,332 kematian dari 1,129,624 kes, Timur Tengah 14,598 kematian dari 691,974 kes, Afrika 8,848 kematian dari 338,715 kes dan Oceania 133 kematian dari 8,999 kes.
Angka yang dikemas kini selama 24 jam terakhir mungkin tidak tepat dengan perkiraan hari sebelumnya. – AFP, 26 Jun, 2020.
Komen