PENGANJUR Piala Dunia di Qatar semalam melaporkan kematian pertama akibat Covid-19 melibatkan seorang pekerja di tapak pembinaan perlawanan yang akan diadakan pada 2022.
Sumber terdekat memberitahu AFP bahawa terdapat 1,102 kes Covid-19 disahkan dalam kalangan pekerja projek berkenaan dengan 121 daripadanya adalah kes aktif.
Pertama kali dilaporkan oleh Doha News, yang merupakan lama baharu dilancarkan yang popular dalam kalangan eskpatriat di Qatar, mangsa adalah seorang jurutera berusia lingkungan 50-an yang tidak mempunyai sebarang penyakit.
Qatar merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar jangkitan per kapita tertinggi di dunia dengan 3.3 peratus daripada 2.75 juta penduduknya diuji positif.
Kebanyakannya sudah pulih dengan hanya 17,591 kes aktif dilaporkan dengan 104 kematian.
“Menyedihkan pada 11 Jun 2020 seorang jurutera pakar berusia 51 tahun yang bekerja sebagai kontraktor Conspel meninggal dunia setelah dijangkiti Covid-19,” kata pertubuhan Qatar yang bertanggungjawab menganjur Piala Dunia 2022 dalam satu kenyataan.
“Dia bekerja pada projek Jawatankuasa Tertinggi untuk Pengiriman dan Warisan sejak Oktober 2019 dan tidak memiliki masalah kesihatan. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya,” katanya.
Kewarganegaraannya bagaimanapun tidak didedahkan.
Penganjur melaporkan jangkitan pertama dalam kalangan tenaga kerjanya pada 15 April dengan lima kes dilaporkan dalam kalangan tenaga kerja pada 15 April dengan lima kes di tiga projek stadium.
Kerja pembinaan diteruskan di tapak 2022 tetapi ia berjalan lebih perlahan bagi membolehkan langkah pencegahan virus termasuk pemeriksaan dan peraturan jarak selamat dipatuhi.
Penganjur sudah mengeluarkan semua pekerja berisiko tinggi untuk tidak terlibat dalam projek berkenaan dengan gaji penuh, melakukan pemeriksaan suhu pada pekerja dua kali sehari dan melakukan penjarakan sosial di dewan makan serta pengangkutan kakitangan untuk mengekang penyebaran virus.
Qatar sudah mula membuka semula dengan berhati-hati kegiatan keagamaan di beberapa masjid dan operasi runcit tidak penting dibenarkan dengan langkah penjarakan sosial.
Kafe dan restoran pula dijangka dibuka semula tertakluk kepada sekatan ketat mulai 1 Julai.
Waktu pertandingan yang dijadualkan diadakan pada November dan Disember 2022 kekal tidak berubah di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang memaksa kejohanan bola sepak Eropah dan Olimpik Tokyo ditunda.
Kedua-dua pertandingan itu kini berlangsung pada 2021. – AFP, 26 Jun, 2020.
Komen