4 kes baharu Covid-19, 40 lagi pulih dan tiada kematian


Bede Hong

Malaysia hanya melaporkan empat kes baharu Covid-19 hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2020.

MALAYSIA melaporkan empat kes baharu Covid-19 setakat tengahari tadi, dengan kematian dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

40 pesakit lagi disahkan pulih, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kepada 8,271 kes atau 96.2% daripada jumlah keseluruhan.

Jumlah korban wabak di Malaysia pula masih kekal 121 orang, atau 1.41% daripada keseluruhan kes.

Empat kes terbaru hari ini menjadikan jumlah jangkitan seluruh negara kepada 8,600 kes. Tetapi, hanya 208 kes aktif masih dirawat.

Tiga kes baharu hari ini adalah kes import yang melibatkan warga Malaysia.

Manakala, satu lagi kes adalah jangkitan tempatan melibatkan seorang warga Malaysia yang diuji positif untuk Jangkitan Sindorm Pernafasan Akut (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Johor.

Terdapat dua lagi pesakit masih dalam ICU, tetapi mereka tidak memerlukan bantuan alat pernafasan. – 25 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen