Abang Johari mahu Sarawak jadi negeri maju, teknologi tinggi menjelang 2030


Desmond Davidson

Sarawak menetapkan tiga teras utama untuk menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2020.

KETUA Menteri Abang Johari Openg hari ini berkongsi visinya untuk Sarawak menjelang 2030 untuk menjadikan negeri itu dipacu data dan inovasi, di mana rakyatnya menikmati kemakmuran ekonomi, sosial ekslusiviti dan kelestarian alam sekitar.

Dalam ucaptama pada pertemuan dengan Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak di Kuching pagi tadi, beliau memberitahu pakar ekonomi yang dilantik menganggotai majlis itu yang visi pasca Covid-19 Sarawak adalah “tentang rakyat kita dan memenuhi keperluan mereka” dalam persekitaran perniagaan yang sudah lagi tidak seperti dahulu.

Kemakmuaran ekonomi, sosial ekslusiviti dan kelestarian alam sekitar, kata ketua menteri itu, adalah tiga teras utama visi.

Dalam usaha mencapai kemakmuran ekonomi, Sarawak mahu menjadi negeri maju berpendapatan tinggi, yang menurut Abang Johari memerlukan negeri mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 8% setiap tahun.

Katanya, nilai ekonomi Sarawak sudah meningkat daripada RM133 bilion pada 2018 kepada RM282 bilion.

Pemacu pertumbuhan, katanya, adalah pertanian komersial, perlombongan, perhutanan, pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan.

“Kita akan memperhebat usaha kita dalam pertanian jitu dan perlombongan moden menggunakan teknologi 4IR (revolusi industri keempat).”

“Ini akan menyediakan bahan untuk pembangunan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi,” katanya lagi.

Majlis itu disertai pakar ekonomi ternama negara antaranya Pengerusi Bursa Malaysia Abdul Wahid Omar, bekas menteri Idris Jala, pakar ekonomi Universiti Malaya Fatimah Kari dan penganalisis ekonomi dan pesuruhjaya Suhakam Madeline Berma. – 25 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen