Covid-19: Australia kerah 1,000 tentera ke Melbourne


Kemudahan ujian Covvid-19 pandu lalu di Chadstone, Melbourne, Australia. Kira-kira 1,000 tentera dikerah ke Melbourne dalam usaha membantu mengekang gelombang kedua wabak Covid-19 di negeri itu. – Gambar EPA, 25 Jun, 2020.

TENTERA Australia hari ini mengumumkan akan menghantar 1,000 tentera ke Melbourne dalam usaha membantu mengekang wabak Covid-19 di negeri itu susulan bimbang gelombang kedua.

Victoria menyaksikan lonjakan kes Covid-19 mencatatkan hampir 150 jangkitan baharu sejak seminggu lalu apabila munculnya kluster baharu di Melbourne.

Walaupun jumlahnya tetap kecil dibandingkan dengan jumlah global, wabak tersebut menggegarkan Australia yang menghentikan sekatan selepas berjaya mengekang penyebaran Covid-19.

Menteri Pertahanan Linda Reynolds berkata 1,000 tentera akan dikerahkan ke Victoria “dalam beberapa hari mendatang”.

Kira-kira 850 anggota Angkatan Pertahanan Austrlia akan membantu memantau pelancong antarabangsa yang kembali dikenakan perintah kuarantin di hotel sementara sekitar 200 yang lain akan diberikan sokongan logistik dan perubatan ke kemudahan ujian Covid-19, tambahnya.

Anggota tentera bersiap sedia berada di sempadan negeri yang ditutup untuk pengunjung luar dan memberikan sokongan perancangan untuk perkhidmatan pengurusan kesihatan dan kecemasan termasuk di Victoria.

Namun penempatan kontinjen tentera yang begitu besar ke sebuah bandar besar Australia tidak pernah berlaku sebelum krisis Covid-19.

Kluster baharu muncul dalam kumpulan keluarga terbesar di kota kedua di negara itu di sebuah hotel yang digunakan untuk kuarantin pelancong dan di sebuah kedai pakaian.

Australia mencatatkan kira-kira 7,500 kes Covid-19 dan 103 kematian pada populasi 25 juta dengan beberapa wilayah dipercayai bebas virus berkenaan. – AFP, 25 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen