Mahkamah benarkan pindaan pertuduhan kes 1MDB Najib


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan laporan akhir audit 1MDB. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 24 Jun, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan penyalahgunaan kuasa dihadapi Najib Razak berhubung mengubah laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika membuat keputusan selepas dua jam penghujahan oleh peguam pagi ini, berkata pindaan itu tidak akan menjejaskan pembelaan terhadap Najib.

Hakim memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan pihak pembelaan dan mempunyai hak memanggil serta menyoal balas semula mana-mana saksi yang pernah memberi keterangan.

Najib, yang berusia 67 tahun bulan depan, kemudian dibacakan pertuduhannya, bersama dengan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, yang didakwa bersubahat dengan bekas perdana menteri itu.

Najib meminta dibicarakan dengan satu pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminda sebahagian laporan akhir audit 1MDB antara 22 hingga 26 Februari 2016, di Jabatan Perdana Menteri untuk melindungi dirinya daripada tindakan jenayah.

Beliau dituduh, dalam kapasitinya sebagai perdana menteri dan penjawat awam, menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan, bagi mengelak dikenakan tindakan disiplin, sivil atau jenayah terhadapnya berhubung 1MDB dengan mengarahkan pindaan pada laporan akhir audit selepas ia dimuktamadkan oleh Jabatan Audit Negara dan sebelum dimuktamadkan sekali lagi serta dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Pihak pendakwaan meminda perkataan “muktamad” dan “dimuktamadkan sekali lagi” dalam pertuduhan, yang dibacakan dalam Bahasa Malaysia.

Terdahulu sebelum penghujahan, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berhujah pindaan yang diusulkan tidak mengubah karektor pertuduhan tetapi “hanya untuk memperjelaskannya”.

Perubahan pertuduhan juga diizinkan oleh undang-undang, tambahnya. – 24 Jun, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen