Covid-19 ragut lebih 473,000 nyawa sejak Disember


Sebanyak 4,333 kematian dan 137,577 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu. – Gambar EPA, 24 Jun, 2020.

SERAMAI 473,475 orang maut di seluruh dunia akibat jangkitan Covid-19 sejak virus itu mula dikesan di China Disember lalu, menurut data yang diperolehi AFP semalam.

Sekurang-kurangnya 9,161,460 kes dilaporkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, seramai  4,455,700 pesakit diisytiharkan pulih.

Data yang diperolehi dari pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) itu bagaimanapun hanya sebahagian daripada bilangan sebenar, kerana banyak negara hanya menguji kes serius.

Sebanyak 4,333 kematian dan 137,577 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu. Amerika Syarikat (AS) merekod angka kematian harian tertinggi iaitu 807, diikuti Mexico (759) dan Brazil (654).

Amerika Syarikat (AS) juga kekal negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 dengan jumlah kematian 120,913 daripada 2,328,562 kes. 

Ini diikuti Brazil yang merekod jumlah keseluruhan kematian 51,271 daripada 1,106,470 kes, United Kingdom (42,927 kematian daripada 306,210 kes), Itali (34,675 kematian daripada 238,833 kes) dan Perancis (29,720 kematian daripada 197,674 kes).

Negara yang mencatat kes tertinggi berbanding jumlah penduduk adalah Belgium dengan 84 kematian per 100,000 penduduk, diikuti Britain (63), Sepanyol (61), Itali (57) dan Sweden (51).

China tidak termasuk Hong Kong and Macau sehingga kini melaporkan 4,634 kematian dan 83,418 kes jangkitan. Seramai 78,425 orang disahkan sembuh sepenuhnya.

Eropah secara keseluruhannya merekodkan 193,781 kematian daripada 2,557,174 kes; AS dan Kanada (129,402 kematian daripada 2,430,465 kes); Amerika Latin dan Caribbean (97,835 kematian daripada 2,107,551 kes); Asia (29,969 kematian daripada 1,073,373 kes); Asia Barat (14,022 kematian daripada 666,213 kes); Afrika (8,335 kematian daripada 317,762 kes) dan Oceania (131 kematian daripada 8,928 kes). – AFP, 24 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen