TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan dan janji untuk menyokong perdana menteri dalam menyatukan negara.
Zahid berkata walaupun Najib Razak menerima pelbagai kritikan daripada semua parti, beliau terus kekal fokus dalam menganjurkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Najib ada komitmen politik dan kemahuan politik yang tinggi, dia dikritik atas banyak isu tetapi tidak hilang fokus, tetapi dia tidak sepatutnya dibiarkan sendirian (untuk membela diri).
“Saya janji yang saya akan terus menyokongnya dalam menterjemahkan komitmennya itu,” kata Zahid ketika berucap merasmikan pembukaan Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kuala Lumpur, hari ini.
Zahid berkata beliau dan Najib memerlukan sokongan berterusan daripada MBP dalam merealisasikan perpaduan negara.
Beliau juga berjanji akan memberi RM2,800 sebulan kepada MPM untuk membantu majlis itu membayar sewanya untuk 10 tahun.
Katanya, MPM juga boleh membantu dengan “berfikir di luar kotak” untuk memfokuskan kepada agenda besar negara.
“Saya minta perkara kecil saja, MPM tidak sepatutnya berkumpul dalam kalangan kita saja.
“Ada profesional lain di luar yang boleh dibawa masuk MPM untuk menawarkan periksa dan imbang kepada MPM,” katanya.
Zahid sebelum ini pernah mengikrarkan sokongannya untuk Najib pada Julai. Beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dua tahun lalu menggantikan Muhyiddin Yassin yang disingkirkan daripada Najib. – 2 Disember, 2017.
Komen