Putrajaya benarkan warga asing tamat tempoh pas lawatan pulang


Warga asing boleh terus ke lapangan terbang untuk pulang dalam tempoh 14 hari selepas PKPP tamat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Jun, 2020.

WARGA asing yang luput pas lawatan sosial boleh pulang ke negara masing-masing dalam tempoh 14 hari selepas perintah sekatan pergerakan pemulihan (PKPP) berakhir, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob

Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri berkata mereka boleh terus ke lapangan terbang untuk pulang.

“Mereka yang memiliki pas lawatan sosial sudah tamat tempoh boleh terus ke lapangan terbang dan pulang.”

“Mereka boleh melakukannya dalam tempoh 14 hari selepas PKPP berakhir,” katanya.

Pada masa ini mereka yang bukan warganegara tidak dibenarkan pulang ke negara masing-masing dan tiada pelawat dibenarkan masuk kecuali rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata pengendali kolam renang di hotel, kondominium atau tempat awam mesti mendaftar dengan Miti.

“Pengendali perlu mendaftar untuk membuka kolam. Mereka boleh melakukannya dengan mengunjungi notification.miti.gov.my.”

“Ada SOP yang perlu mereka ikuti,” katanya.

Semalam Ismail Sabri mengumumkan aktiviti berenang di kolam renang awam, pantai, sungai dan tasik akan dibenarkan untuk disambung semula mulai 1 Julai.

Namun, kerajaan tidak menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam kegiatan air seperti itu.

“Untuk aktiviti berenang di kondominium atau hotel, dalam komuniti berpagar atau kolam renang persendirian, perlu ada penyelamat. Bukan hanya untuk tujuan keselamatan tetapi untuk menjaga masa.

“Kami tidak menggalakkan kanak-kanak walaupun pada dasarnya kami setuju tidada larangan untuk mereka.

“Ibu bapa mesti berperanan menjaga keselamatan anak dan kami menyerahkannya kepada pihak pengurusan hotel dan kondominium untuk memutuskan sama ada mereka membenarkan kanak-kanak atau tidak,” kata Ismail Sabri. – 23 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen