SERAMAI 469,060 orang maut di seluruh dunia akibat jangkitan Covid-19 sejak virus itu mula dikesan di China Disember lalu, menurut data yang diperolehi AFP semalam.
Sekurang-kurangnya 9,017,010 kes dilaporkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, seramai 4,223,800 diisytiharkan pulih.
Data yang diperolehi dari pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) itu bagaimanapun hanya sebahagian daripada bilangan sebenar, kerana banyak negara hanya menguji kes serius.
Sebanyak 3,666 kematian dan 125,049 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam temph 24 jam yang lalu.
Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 dengan jumlah kematian 120,106 daripada 2,292,867 kes.
Ini diikuti Brazil yang merekod jumlah keseluruhan kematian 50,617 daripada 1,085,038 kes, United Kingdom (42,647 kematian daripada 305,289 kes). Itali (34,657 kematian daripada 238,720 kes) dan Perancis ( 29,663 kematian daripada 197,251 kes).
Negara yang mencatat kes tertinggi berbanding jumlah penduduk adalah Belgium dengan 84 kematian per 100,000 penduduk, diikuti Britain (63), Sepanyol (61), Itali (57) dan Sweden (51).
China tidak termasuk Hong Kong and Macau sehingga kini melaporkan 4,634 kematian dan 83,396 kes jangkitan. Seramai 78,413 orang disahkan sembuh sepenuhnya.
Eropah secara keseluruhannya merekodkan 193,058 kematian daripada 2,540,198 kes; AS dan Kanada (128,578 kematian daripada 2,394,443 kes); Amerika Latin dan Caribbean (95,968 kematian daripada 2,064,546 kes); Asia (29,432 kematian daripada 1,046,831 kes); Asia Barat (13,765 kematian daripada 653,824 kes); Afrika (8,128 kematian daripada 308,266 kes) dan Oceania (131 kematian daripada 8,908 kes). – AFP, 23 Jun, 2020.
Komen