Syarikat dan parti politik dibenar adakan mesyuarat agung mulai 1 Julai


Alfian Z.M. Tahir

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan membenarkan syarikat termasuk parti politik mengadakan mesyuarat agung dan seminar mereka mulai 1 Julai ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Jun, 2020.

SYARIKAT dan persatuan termasuk parti politik boleh mengadakan mesyuarat agung dan seminar mereka mulai 1 Julai, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Menurutnya keputusan itu dibuat selepas Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengemukakan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penyebaran Covid-19 pagi tadi.

“Sebelum ini kami membenarkan latihan, seminar dan perjumpaan (untuk jumlah kecil) dan hari ini kami memutuskan untuk membenarkan syarikat serta persatuan bahkan parti politik mengadakan mesyuarat agung mereka,” katanya pada taklimat harian mengenai perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPB) hari ini.

Bagaimanapun jurucakap Menteri Pertahanan dan Majlis Keselamatan Nasional berkata kerajaan belum memutuskan untuk membenarkan majlis perkahwinan berskala penuh.

“Kami akan membincangkannya esok dan saya akan membuat pengumuman pada Rabu,” katanya. – 22 Jun, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen