Arab Saudi tamatkan perintah sekatan pergerakan


Solat berjemaah di masjid-masjid di kota suci Mekah juga dibenarkan untuk disambung semula, hanya beberapa minggu sebelum ibadah haji tahunan bermula. – Gambar EPA, 22 Jun, 2020.

ARAB Saudi semalam menamatkan perintah sekatan pergerakan dan membatalkan larangan berniaga terhadap semua perniagaan termasuk salon rambut serta panggung wayang selepas tiga bulan arahan itu dikuatkuasa walaupun terdapat peningkatan jangkitan wabak Covid-19.

Solat berjemaah di masjid-masjid di kota suci Mekah juga dibenarkan untuk disambung semula, hanya beberapa minggu sebelum ibadah haji tahunan bermula.

Bagaimanapun penerbangan antarabangsa jemaah haji dan perhimpunan lebih 50 orang masih tidak dibenarkan, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Tetapi Suruhanjaya Umum  Arab Saudi untuk Media Audiovisual mengumumkan pembukaan pawagam berdasarkan kepada garis panduan yang ketat.

Negara itu yang mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi di Teluk menyaksikan lonjakan kes selepas melonggarkan sekata pada akhir Mei.

Semalam jumlah jangkitan meningkat kepada 157, 612 kes dan kematian pula mencecah 1,267, menurut data Kementerian Kesihatan.

Tahun lepas seramai 2.5 juta orang dari seluruh dunia datang ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. – AFP, 22 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen