MENTERI Sabah Peter Anthony gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi berdepan pertuduhan jenayah, selepas mengalami vertigo.
Anthony sepatutnya menaiki pesawat dari Kota Kinabalu jam 2 petang semalam, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital, kata peguamnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu pada 10 Julai.
“Saya difahamkan ada satu pertuduhan, tetapi apa pertuduhannya hanya akan diketahui pada 10 Julai,” kata Haniff, merujuk kepada tarikh baharu ditetapkan oleh Hakim Ahmad Bache hari ini.
Peguam itu berkata sijil cuti sakit akan dikemukakan kepada mahkamah secepat mungkin. – 22 Jun, 2020.
MENYUSUL
Komen