Angka korban Covid-19 di Brazil kini lebih 50,000


Kementerian Kesihatan mengesahkan 641 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, sekaligus jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Brazil kini 50,617 orang, daripada 1,085,038 kes yang direkodkan setakat ini. – Gambar EPA, 22 Jun, 2020.

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di Brazil kini mencecah lebih 50,000, menjadikannya negara kedua paling teruk terjejas di dunia.

Kementerian Kesihatan mengesahkan 641 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, sekaligus jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Brazil kini 50,617 orang, daripada 1,085,038 kes yang direkodkan setakat ini.

Brazil kini mengikuti di belakang Amerika Syarikat (AS) yang mencatat hampir 120,000 kematian dan lebih 2.2 juta kes setakat ini.

Presiden Brazil Jair Bolsonaro, yang mendakwa pandemik Covid-19 hanya “selesema biasa”, menyelar langkah perintah berkurung dan penutupan perniagaan di beberapa negeri dan daerah bagi mengekang wabak.

Bolsonaro berkata langkah tersebut akan menjejaskan ekonomi negara, lebih teruk daripada penularan Covid-19. – AFP, 22 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen