Kes Covid-19 naik mendadak, Maghribi buka hospital lapangan


Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi sebuah hospital di Maghribi. – Gambar EPA, 21 Jun, 2020.

MAGHRIBI membuka hospital lapangan di selatan negara itu ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19.

Sebanyak 700 kes baharu direkodkan sejak Jumaat selepas penularan dikesan di kilang pembungkusan buah-buahan di wilayah Kenitra.

Pihak berkuasa turut mengambil langkah mengetatkan kawalan di wilayah itu.

Lebih 500 kes positif Covid-19 direkodkan pada Jumaat dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan kilang serta menjalankan ujian pemeriksaan terhadap pekerja.

Siasatan turut dijalankan bagi menyiasat punca penularan wabak di kawasan itu.

Hospital lapangan mula menerima kira-kira 700 pesakit hari ini.

Kebiasaannya, pada waktu ini, pekerja sibuk memetik buah di ladang strawberi di Kenitra.

Tetapi tinjauan AFP mendapati kawasan itu lenggang dan sunyi.

Beberapa pekan di wilayah itu diletakkan di bawah perintah kuarantin dan ujian saringan dijalankan terhadap penduduk.

Sejumlah ambulans juga diletakkan dalam keadaan bersedia di salah satu pekan Moulay Bousselham untuk membawa pesakit yang disahkan positif Covid-19/

Maghribi yang mempunyai populasi 34 juta orang hanya merekodkan 9,800 kes jangkitan dan 213 kematian akibat Covid-19. – AFP, 21 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen