Palestin tutup bandar di Tebing Barat susulan peningkatan kes Covid-19


Kerajaan Palestin memutuskan menutup Hebron bagi menghalang sesiapa masuk atau keluar, kecuali pengangkutan barang. – Gambar EPA, 21 Jun, 2020.

PIHAK Berkuasa Palestin pada Sabtu berkata pihaknya menutup sementara bandar Hebron dan Nablus di Tebing Barat yang diduduki bagi mengekang penyebaran koronavirus selepas peningkatan jangkitan yang mendadak.

“Kerajaan memutuskan untuk menutup Hebron bagi menghalang sesiapa masuk atau keluar, kecuali pengangkutan barang,” kata Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh.

Beliau memberitahu sidang media yang Hebron akan ditutup selama lima hari dan Nablus selama 48 jam.

Langkah itu dilakukan selepas peningkatan jangkitan Covid-19 di kedua-dua bandar.

Hebron menyaksikan 48 kes baharu pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 258, sementara pihak berkuasa melaporkan 23 kes di Nablus.

Pihak berkuasa melaporkan sejumlah 687 kes di Tebing Barat, termasuk dua kematian setakat ini. – AFP, 21 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen