SERAMAI 568 orang maut akibat jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 24 jam setakat 8.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, menurut data dikeluarkan Johns Hopkins University.
Ini bermakna masuk hari kesepuluh angka kematian kurang daripada 1,000 dilaporkan di AS, namun negara itu kekal paling teruk terjejas dilanda pandemik Covid-19.
Jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan AS kini 119,654 daripada 2,251,205 kes jangkitan yang disahkan.
Gelombang kedua wabak Covid-19 dibimbangi tercetus di AS susulan pembukaan semula sektor ekonomi dan tunjuk perasaan anti perkauman di seluruh negara beberapa minggu kebelakangan ini.
Perhimpunan kempen pilihan raya Presiden Donald Trump di Oklahoma semalam juga dikritik kerana berisiko menyebarkan jangkitan Covid-19. – AFP, 21 Jun, 2020.
Komen