KERAJAAN Perancis akan membenarkan kira-kira 5,000 untuk menghadiri acara sukan di stadium di negara itu bermula 11 Julai.
Kata kerajaan, had jumlah penonton terpakai untuk acara besar, stadium dan dewan konsert tetapi jumlah tersebut akan ditambah secara berperingkat.
Walaupun liga bola sepakan Ligue 1 dan 2 serta liga ragbi Top 14 sudah ditamatkan lebih awal pada April akibat pandemik Covid-19, keputusan kerajaan itu akan memberi peluang kepada penonton hadir pada perlawanan akhir Piala Perancis dan Piala Liga.
Tarikh perlawanan bagi kedua-dua pertandingan itu belum ditetapkan dan dijangka akan berlangsung pada hujung Julai.
Lebih 29,600 orang maut akibat virus itu di Perancis tetapi jumlah kes semakin menurun selepas pelaksanaan perintah pengurungan. – AFP, 20 Jun, 2020.
Komen