Indonesia catat 1,226 kes baharu Covid-19


Keadaan jalan raya di sekitar Medan, Indonesia yang lengang susulan penyebaran wabak Covid-19 pada April lalu. – Gambar EPA, 20 Jun, 2020.

KES positif Covid-19 di Indonesia terus mencatatkan pertambahan melebihi angka seribu dalam sehari sejak seminggu lepas, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini 45,029.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,226 lagi tambahan kes positif baharu manakala 56 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 2,429 orang.

“Sebanyak 13,150 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 698 kes diikuti provinsi Jakarta (585 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (155) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. – Bernama, 20 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen