Malaysia catat 21 kes baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Jumlah kes pulih Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 8,146 atau 95.2% daripada keseluruhan kes jangkitan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Jun, 2020.

KES aktif Covid-19 di Malaysia kini berkurangan kepada 289 kes selepas 79 lagi kes pulih direkodkan hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata jumlah kes pulih kini sebanyak 8,146 atau 95.2% daripada keseluruhan kes jangkitan.

Beliau berkata dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak 21 kes baharu direkodkan.

Ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan sebanyak 8,556.

Katanya daripada 21 kes baharu itu, dua merupakan kes import manakala  19 lagi kes penularan tempatan iaitu melibatkan 12 rakyat Malaysia dan tujuh warga asing.

Tujuh kes melibatkan warga asing dikesan di Kuala Lumpur dan kesemuanya merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 dan rakan serumah.

“Dalam 12 kes penularan tempatan, 10 kes dikesan di Selangor dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga pesakit masing mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi.

Tiada kematian dicatatkan hari ini dan angka korban akibat Covid-19 masih kekal 121 orang. – 20 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen