Lebih 450,000 maut akibat koronavirus di seluruh dunia 


Petugas kesihatan di Chile menjalankan kerja disinfeksi Covid-19. 8,555,330 kes jangkitan telah direkodkan di 196 negara dan wilayah.– Gambar EPA, 20 Jun, 2020.

WABAK koronavirus meragut sekurang-kurangnya 456,630 nyawa di seluruh dunia sejak ia mula merebak di China Disember lalu.

Sekurang-kurangnya 8,555,330 kes jangkitan telah direkodkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, 3,952,400 disahkan pulih.

Angka yang dikumpul AFP daripada pihak berkuasa negara seluruh dunia dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya pecahan daripada jumlah sebenar jangkitan.

Kebanyakan negara hanya mengesan kes bergejala atau kes yang serius sahaja.

Amerika Syarikat merupakan yang paling teruk terjejas dengan 118,758 kematian daripada 2,205,307 kes. Sekurang-kurangnya 599,115 disahkan pulih.

Ini diikuti dengan Brazil yang mencatatkan 47,748 kematian daripada 978,142 kes, Britain dengan 42,461 kematian daripada 301,815 kes, Itali dengan 34,561 kematian daripada 238,011 kes dan Perancis dengan 29,617 kematian daripada 195,953 kes.

China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini mengisytiharkan 4,634 kematian dan 83,325 kes jangkitan dengan 78,398 kes pulih.

Eropah mencatatkan 191,932 kematian daripada 2,489,195 kes, Amerika Syarikat dan Kanada 127,145 kematian daripada 2,305,872 jangkitan, Amerika Latin dan Caribbean 89,327 kematian daripada 1,887,950 kes, Asia 27,563 kematian daripada 963,782 kes, Timur Tengah 12,994 kematian daripada 618,797 kes, Afrika 7,538 kematian daripada 280,922 kes, dan Oceania 131 kematian daripada 8,817 kes. – 20 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen