Sukar untuk buktikan Dr Mahathir, Anwar bersalah dalam kerugian Forex, kata peguam 


Bede Hong

Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan ketika skandal forex Bank Negara itu berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2017.

SUKAR bagi pihak pendakwaan untuk menyalahkan Dr Mahthir dan Anwar Ibrahim berhubung kerugian Forex dua dekad lalu berikutan kekurangan saksi utama dan dokumen. 

Semalam, setiausaha Suruhanjaya Draja (RCI) Yusof Ismai membuat laporan polis di Putrajaya berdasarkan dapatan RCI, yang membabitkan pemimpin pembangkang dan bekas penasihat bank pusat Nor Mohamed Yakcop. 

Polis boleh memulakan siasatan rasmi berdasarkan laporan Yusof yang akan membawa kepada pendakwaan pada akhirnya. 

“Bagaimanapun, pada pendapat saya, ia tidak akan menjadi kes yang kuat,” kata peguam jenayah Rajsurian Pillai. 

“Perkara itu berlaku, bertahun lalu dan akan menjadi sukar untuk membuktikan tanpa keraguan munasabah mereka bersalah. 

“Kebanyakan saksi tidak ada atau tidak mampu untuk mengingati atau memberikan bukti dan kebanyakan dokumen telah hilang atau tidak lagi wujud,” kata Rajsurian, yang merupakan pengerusi bersama jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam.

Kesalahan penipuan memerlukan seseorang untuk melakukan sesuatu yang secara penipuan dan tidak jujur. Kes jenayah memerlukan bukti kelakuan palsu atau tidak jujur.

“Sukar untuk membuktikan elemen jenayah berkenaan,” tambah Rajsurian.

Hasil dapatan RCI itu sendiri tidak bersifat jenayah, hanyalah satu siasatan. Selepas siasatan penuh oleh pihak berkuasa, keputusan untuk mendakwa individu bergantung kepada Pendakwa Raya Awam. Jawatan itu kini dipegang oleh Peguam Negara Mohamed Apandi Ali. 

Dapatan laporan RCI, yang dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober lalu, dibentangkan di Parlimen semalam.

RCI, yang diketuai pengerusi Petronas Mohd Sidek Hassan, membuat kesimpulan, negara menanggung kerugian berjumlah RM31.5 bilion antara 1992 dan 1994 berikutan kegagalan perdagangan tukaran wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia. 

Ia turut menyimpulkan, kerugian membabitkan unsur jenayah pecah amanah oleh Nor Mohamed Yakcop, penasihat bank pusat itu yang mengetuai portfolio forex ketika itu. 

Ia turut mencadangkan beliau disiasat di bawah Seksye 406 atau 409 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 hingga 20 tahun. 

Kesalahan itu turut menjurus kepada Dr Mahathir dan Anwar, yang mana RCI percaya mereka boleh disiasat kerana niat bersama atau bersubahat. Turut dicadangkan dua terbabit, yang kini pemimpin pembangkang, disiasat di bawah Seksyen 417 atau 418 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum lima atau tujuh tahun penjara.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri ketika itu dan Anwar adalah menteri kewangan. Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan siasatan itu bermotifkan politik. 

“Ia akan menjadi sukar untuk membuktikan menteri kewangan menyesatkan kabinet. Walaupun dengan siasatan ini, beberapa saksi terlalu berusia dan tidak mengingati apa yang berlaku pada 1992 hingga 1994. 

Tidak seperti kes sivil, kes jenayah tidak terikat kepada masa. Siasatan hal jenayah dan pendakwaan boleh dibuat apabila terdapat bukti kukuh, adakalanya sehingga bertahun-tahun. 

“Tetapi kes ini semakin lama semakin lemah kerana kehilangan bukti, tidak dapat ditemui, orang sudah lupa apa yang berlaku, butirannya tidak jelas. 

“Sekiranya siasatan oleh pihak berkuasa tidak mendedahkan bukti yang kukuh. Tidak akan ada pendakwaan. Sekiranya terdapat bukti kukuh, berkemungkinan akan ada pendakwaan,” kata Rajsurian. 

Menurut keterangan saksi pada sembilan hari pendengaran yang tamat pada 9 September lalu, kerugian yang dialami 25 tahun lalu adalah berpunca daripada kombinasi kekurangan peraturan forex, kurang penekanan pentadbiran dan budaya yang tidak wujud untuk mempersoalkan pihak berkuasa berikutan kerugian itu. 

Pada pendirian saksi, termasuk bekas pedagang dan pengurus pentadbiran di BNM, memberi keterangan kepada kekurangan peraturan yang mentadbir dagangan forex pada masa itu dan juga kekurangan permerhatian pentadbiran ketika bank pusat mulai agresif mengejar kegiatan tersebut.

Siasatan itu juga mendapati keterangan yang tidak berkualiti, berikutan usia seetengah saksi, yang ada di antaranya berusia 70an dan 80an. Mereka kabur dengan tarikh, nama dan angka. Keterangan juga bercanggah antara pegawai kanan kerajaan dan pegawai bank pusat mengenai sejauh mana oengetahuan mereka berhubung kerugian itu. 

Kes BNM sangat unik kerana belum pernah bank pusat yang lain mengalami kerugian dalam dagangan tukaran wang asing sebanyak itu. – 1 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen