SPRM cari Nurfadziana bantu siasatan kes


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Nurfadziana Abdul Kadir, 28, berasal dari Lahad Datu, Sabah bagi membantu siasatan kes yang sedang dijalankan. – Gambar The Malaysian Insight, 18 Jun, 2020.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita, bagi membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.

SPRM dalam kenyataan berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Nurfadziana Abdul Kadir, 28, dan beralamat terakhir di Kampung Silam Lamag, Peti Surat 60945, 91118 Lahad Datu, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Nurfadziana, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh, di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau emel ke alamat [email protected]. – Bernama, 18 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen