445,213 korban Covid-19 di seluruh dunia


Ahli gusti di Mexico beratur ketika menunggu untuk menerima bantuan makanan susulan mereka terjejas akibat Covid-19 apabila arena dan gimnasium ditutup. – Gambar EPA, 18 Jun, 2020.

PANDEMIK Covid-19 yang kali pertama muncul di China pada Disember lalu kini membunuh sekurang-kurangnya 445,213 orang.

Sekurang-kurangnya 8,269,170 kes koronavirus direkodkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, 3,785,500 dianggap pulih.

Berdasarkan pengumpulan data daripada pihak berkuasa negara-negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), angka berkenaan dipercayai hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan sebenar.

Sebilangan besar negara hanya menguji kes simptom atau yang paling serius.

Amerika Syarikat (AS) negara paling teruk terjejas dengan 117,290 kematian daripada 2,148,357 kes. Sekurang-kurangnya 583,503 orang pulih.

Selepas AS, Brazil merekodkan 45,241 kematian daripada 923,189 kes; Britain 42,153 kematian daripada 299,251 kes; Itali 34,448 kematian daripada 237,828 kes; dan Perancis 29,575 kematian daripada 194,675 kes.

China – tidak termasuk Hong Kong dan Macau setakat ini mengisytiharkan 4,634 kematian dan 83,265 jangkitan (meningkat 44) dengan 78,379 kes pulih.

Eropah merekodkan 189,574 kematian daripada 2,453,170 kes; AS dan Kanada 125,597 kematian akibat 2,248,134 jangkitan; Amerika Latin dan Caribbean 84,006 kematian daripada 1,787,118 kes; Asia 26.365 kematian daripada 912,374 kes; Asia Barat 12,467 kematian daripada 594,120 kes; Afrika 7,073 kematian daripada 265,486 kes; dan Oceania 131 kematian daripada 8,768 kes. – AFP, 18 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen