LEBIH 8 juta kes koronavirus disahkan di seluruh dunia, dengan lebih separuh di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, menurut laporan AFP daripada sumber rasmi pada 2200 GMT pada Isnin.
Sekurang-kurangnya 8,000,202 jangkitan termasuk 435,176 kematian, kebanyakannya di Eropah, dilaporkan sejak wabak ini pertama kali muncul di China akhir tahun lalu.
Eropah mempunyai 2,417,902 kes dengan 188,085 kematian manakala AS menyaksikan 2,110,182 kes dan 116,081 kematian.
Jumlah kes yang disahkan meningkat dua kali ganda sejak 10 Mei dan 1 juta kes baharu dikesan dalam tempoh lapan hari terakhir.
Itu mungkin hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah sebenar jangkitan kerana kebanyakan negara hanya menguji kes paling serius atau hanya mempunyai kemampuan ujian yang terhad. – AFP, 16 Jun, 2020.
Komen