Angka korban Covid-19 India cecah 9,520 orang


India sehingga kini melaporkan 332,424 kes jangkitan Covid-19. – Gambar AFP, 15 Jun, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan India pada Isnin mengumumkan seramai 325 orang meninggal dunia akibat Covid-19 dan sebanyak 11,502 lagi kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Jumlah kematian setakat ini sebanyak 9,520 manakala kes jangkitan 332,424. Sementara itu seramai 169,798 orang sudah diizin keluar dari hospital.

“Jumlah kes aktif di negara ini sekarang sebanyak 153,106,” kata kementerian itu.

Perdana Menteri Narendra Modi dijadual mengadakan perbincangan dengan semua ketua menteri menerusi persidangan video pada 16 dan 17 Jun untuk merangka strategi bagi membolehkan sekatan pergerakan ditarik balik. – Bernama, 15 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen