Tiada pihak dilantik buat saringan Covid-19 rumah ke rumah, kata menteri


Alfian Z.M. Tahir

Saringan Covid-19 rumah ke rumah hanya dijalankan di kawasan PKPD dan orang awam boleh membuat laporan polis sekiranya berada dalam situasi selain itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2020.

PUTRAJAYA tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak melakukan ujian saringan Covid-19 rumah ke rumah, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, pemeriksaan rumah ke rumah hanya dijalankan pihak berkuasa di kawasan yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD).

“Kerajaan atau Kementerian Kesihatan tidak pernah meluluskan ujian swab rumah ke rumah. Ujian swab hanya dijalankan di kawasan PKPD,” katanya.

Tambahnya, beliau dimaklumkan terdapat pihak yang menjalankan saringan Covid-19 rumah ke rumah.

“Ia tular di Facebook dan saya menggesa orang awam membuat laporan polis sekiranya mereka berdepan situasi apabila ada orang datang mahu menjalankan ujian swab dan berpakaian seperti pegawai kesihatan.

“Kita tak mahu kejadian buruk seperti rompakan berlaku,” katanya. – 15 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen