Semua rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi, kata menteri


Alfian Z.M. Tahir

Semua rumah ibadat bukan Islam kini dibenar untuk beroperasi semula tetapi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang kerajaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2020.

PUTRAJAYA memutuskan untuk membenarkan semua rumah ibadat bukan Islam untuk beroperasi semula tetapi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang kerajaan negeri, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap kepada pemberita petang ini di Putrajaya Ismail berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Perpaduan Negara bertemu dengan semua pemimpin bukan Islam.

“Jika sebelum ini hanya 171 rumah ibadat yang dibenarkan dibuka, hari ini kami memutuskan untuk membenarkan kesemua 5,230 rumah ibadat beroperasi.

“Mereka dapat beroperasi seperti biasa tetapi masih perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media hariannya.

Sebelum ini rumah ibadat bukan Islam diarahkan ditutup sebagai langkah membendung penyebaran wabak Covid-19 tetapi 174 daripadanya dibenarkan dibuka semula mulai 10 Jun.

Di antara prosedur operasi standard yang diluluskan oleh kerajaan ialah setiap rumah ibadat tidak boleh dihadiri lebih 30 orang bergantung pada ukuran tempat dan penggunaan termometer sebelum memasuki premis.  – 15 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen