Mahkamah dengar permohonan Najib gugur Sri Ram 7 Ogos


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak memohon untuk menggugurkan Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaran kes meminda laporan audit 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Najib Razak untuk menggugurkan Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaran kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 7 Ogos.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes sementara menunggu keputusan permohonan.

Terdahulu, Sri Ram ketika berhujah berkata perbicaraan sedang berjalan dan meminta prosiding diteruskan kerana hanya empat saksi pendakwaan yang belum di soal balas oleh pembelaan.

Ketua pasukan pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahnya berkata meneruskan perbicaraan bermakna permohonan menggugurkan Sri Ram seolah-olah tidak wujud atau diremehkan.

Bagaimanapun Zaini menolak hujah Shafee.

“Penyingkiran dan penghinaan mahkamah perlu dibuang dahulu tetapi saya tidak lihat perkara seumpama itu terpakai di sini.

“Selepas sembilan hari, jika mahkamah benarkan permohonan, akan membazirkan sembilan hari. Saya akan teruskan perbicaraan,”

Permohonan menggugurkan Sri Ram susulan afidavit yang difailkan oleh bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali, yang mendakwa bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu pernah cuba memujuknya untuk menahan Najib.

Apandi mendakwa Sri Ram cuba memujuknya untuk menahan Najib, yang pada masa itu perdana menteri, atas tuduhan rasuah pada 2018, beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14. Pendedahan itu dibuat di Facebook.

kata Zaini. – 15 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen