SEORANG pensyarah universiti di Bangladesh didakwa mengikut undang-undang keselamatan digital kerana menghina seorang bekas menteri kesihatan yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Sirajum Munira, 28, ditahan lewat Sabtu selepas bekas menteri Mohammad Nasim meninggal dunia akibat virus itu.
Ketua polis tempatan Rabiul Islam berkata Sirajum mengeluarkan komen negatif terhadap kematian Mohammad Nasim dan menghina mangsa.
Katanya kenyataan Munira itu terbesar dan mendapat reaksi negatif serta memberi imej buruk kepada negara.
Munira yang mengajar di Universiti Begum Rokeya memohon maaf atas tindakannya dan memadamkan komen tersebut.
Sekurang-kurangnya 44 orang ditahan dan didakwa sejak Mac kerana menyebarkan berita palsu.
Bagaimanapun aktivitis berkata undang-undang digital itu digunakan untuk menutup mulut pengkritik terhadap cara kerajaan mengendalikan pandemik itu.
Wujud kebimbangan tentang penularan mendadak virus maut itu selepas kerajaan melonggarkan perintah pengurungan.
Bangladesh mencatatkan lebih 1,100 kematian dan lebih 87,000 kes jangkitan. – AFP, 14 Jun, 2020.
Komen