Bendung Covid-19, Malaysia laksana dua perkara berbeza dari negara lain


Ragananthini Vethasalam

Dr Noor Hisham juga mengulangi bahawa Malaysia akan terus memperkuat kawalan sempadan dan mengekang penularan tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun, 2020.

ADA dua perkara berbeza yang Malaysia laksanakan dalam memerangi Covid-19 berbanding negara lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Yang pertama, kata beliau, ialah kes positif Covid-19 tanpa mengira sama ada simptomatik atau tidak memiliki simptom diasing dan dirawat di hospital.

“Kedua, adalah rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, dikuarantin,” tambah beliau.

Beberapa negara membenarkan kuarantin rumah untuk pesakit positif.

Menjelaskan proses tersebut, beliau berkata pada permulaan mereka yang kembali dari luar negara harus menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin, tetapi mereka yang tidak positif virus tersebut harus menjalani pengawasan rumah selama 14 hari.

Pada hari ke-13, mereka akan diuji kembali untuk virus dan bebas untuk bersua semula dengan masyarakat jika mereka negatif.

Dr Noor Hisham juga mengulangi bahawa Malaysia akan terus memperkuat kawalan sempadan dan mengekang penularan tempatan.

Memberi penjelasan tambahan, beliau mengatakan bahawa tidak ada laporan virus Covid-19 boleh menular melalui pengambilan makanan.

Beliau berkata suhu panas di mana makanan dimasak boleh membunuh virus tersebut.– 14 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen