ORANG ramai diingatkan untuk mematuhi penjarakan sosial selepas pengunjung di Zoo Negara hari ini didapati mengabaikannya.
Menteri Kanan Ismail Sabri berkata polis akan menghantar pasukan untuk memeriksa keadaan di Zoo Negara selepas pengunjung gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada hujung minggu ini.
Dalam sidang media di Putrajaya, Ismail Sabri berkata bahawa beliau telah menghubungi Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengenai perkara itu.
“Saya melihat gambar orang yang tidak patuh SOP kerana tidak ada penjarakan sosial di zoo. Saya hubungi KPN dan saya dimaklumkan bahawa polis akan menghantar pasukan untuk memeriksa zoo tersebut,” katanya beliau hari ini .
Ismail Sabri berkata, orang ramai harus sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan ketika berada di tempat awam.
“Kebebasan ini tidak mutlak. Kami boleh menariknya jika orang ramai gagal patuhi SOP. Tolong pertahankan kebebasan yang diberikan kepada anda dan patuh pada SOP,” ulangnya. – 14 Jun, 2020.
Komen