SEBANYAK 734 kematian akibat wabak Covid-19 dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 24 jam, menurut data yang dikeluarkan Johns Hopkins University semalam.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan virus itu di AS kini 115,347.
Mengikut data yang dikeluarkan universiti di Baltimore itu, AS yang paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 merekod 2,071,782 kes setakat jam 8.30 malam waktu tempatan.
Pengarah Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Dr Robert Redfield berkata krisis yang berlaku di negara itu adalah yang pertama seumpamanya.
“Dan pandemik ini masih belum menunjukkan tanda akan berakhir,” katanya, Jumaat lalu.
Pentadbiran Presiden Donald Trump menegaskan akan terus membuka ekonomi walaupun gelombang kedua jangkitan tercetus susulan jumlah jangkitan meningkat di beberaoa negeri. – AFP, 14 Jun, 2020.
Komen