PETRONAS akan menarik semula rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Sarawak berhak mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum, kata Ketua Menteri Abang Johari Openg hari ini.
Beliau berkata syarikat petroleum nasional akan membayar cukai yang dipertikaikan yang dinilai oleh pengawal cukai jualan kira-kira RM2.878 bilion.
Jumlah itu tidak termasuk pembayaran lewat dan denda lain.
Abang Johari berkata Petronas diarahkan oleh kerajaan pusat untuk tidak meneruskan kes tersebut ketika ia dihadapkan ke Mahkamah Rayuan pada 23 Jun.
“Setelah prosiding selesai, mereka akan membayar,” kata ketua menteri kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) petang tadi.
“Kerajaan persekutuan telah mengarahkan mereka untuk tidak membuat rayuan. Kerajaan persekutuan mahu masalah ini diselesaikan dan mereka tidak (mahu Petronas) mengemukakan rayuan, ” katanya. – 12 Jun, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen