Pelajar tak perlu pakai topeng muka di sekolah, kata KP Kesihatan


Bede Hong

PELAJAR Tingkatan Lima dan Enam yang kembali ke sekolah pada 24 Jun tidak akan diminta untuk memakai topeng muka kerana jumlah jangkitan sudah pun menurun, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata trend penurunan kes harian menunjukkan bahawa risiko jangkitan dari rakyat Malaysia yang lain adalah rendah.

“Sebilangan besar jangkitan baharu kini melibatkan warga asing.

“Bagaimanapun kita perlu memastikan sekolah mematuhi peraturan penjarakan sosial. Pelajar akan berkumpul pada waktu rehat. Inilah sebabnya mengapa kita tidak membenarkan mereka makan di kantin,” katanya. – 12 Jun, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen