SEORANG tukang gunting rambut warga Pakistan yang menawarkan perkhidmatannya ke rumah pelanggan sepanjang tempoh sekatan pergerakan dikuatkuasakan, disahkan positif Covid-19, malam tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pejabat daerah kesihatan Titiwangsa menerima makluman bahawa lelaki terbabit yang tinggal di Setapak diberikan rawatan dan kini dalam pengasingan.
“Siasatan awal mendapati walaupun kedai gunting rambut tempat dia bekerja tidak beroperasi sejak 18 Mac, dia pergi dari rumah ke rumah di kawasan tempat tinggalnya, menawarkan perkhidmatan gunting rambut,” kata Noor Hisham pada sidang ahbar harian di Putrajaya hari ini.
Lelaki terbabit didapati positif selepas kedai gunting rambut itu dibuka semula operasi pada 10 Jun, dan dia dikuaranti di Hospital Sungai Buloh malam tadi.
Semua majikan dikehendaki memastikan kakitangan mereka menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum perniagaan masing-masing dibenarkan beroperasi semula.
Seramai 40 kontak rapat tukang gunting itu sudah dikenal pasti dan disaring. Mereka termasuk 25 individu yang dikenal pasti menerusi senarai kontak di telefon bimbitnya selain empat teman serumah dan 15 pelanggan, kata Noor Hisham.
Sumber jangkitan tukang gunting itu masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan, katanya. – 12 Jun, 2020.
MENYUSUL
Komen