33 kes baharu Covid-19, 1 kematian


Bede Hong

Sebanyak 33 kes baharu Covid-19 dicatatkan setakat tengah hari ini dengan satu kematian melibatkan seorang wanita warga emas yang meninggal dunia di Sabah semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Jun, 2020.

MALAYSIA mencatatkan 33 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini dengan satu kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, jumlah kematian kini seramai 119 orang.

“Mangsa merupakan seorang wanita berusia 85 tahun meninggal dunia di rumahnya di Sabah semalam.

“Jenazah dibawa ke Hospital Keningau dan kemudiannya diuji positif Covid-19,” katanya.

Seramai 103 pesakit dibenarkan keluar wad hari ini menjadikan jumlah pesakit pulih seramai 7,168 atau 85.3% dari jumlah kes Covid-19 yang berjumlah 8,402 kes.

Daripada 33 kes baharu, 16 merupakan kes import sementara 17 yang lain kes tempatan.

Dalam kes tempatan 14 adalah warga asing dikesan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tiga rakyat Malaysia diuji positif di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah. 

Kes di Selangor dilaporkan dari pemeriksaan di pusat tahfiz sementara kes Sabah melibatkan mangsa.

Setaat ini terdapat 1,115 kes aktif, dengan empat pesakit dirawat di unit rawatan intensif (ICU) tanpa alat sokongan pernafasan.– 12 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen