ORANG ramai dapat mengesahkan sama ada artikel berita atau maklumat yang diterima adalah palsu dengan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesahihan laporan tersebut dapat disahkan di talian hotline 03-89115103 atau di laman web www.sebenarnya.my. Berita palsu juga boleh dilaporkan kepada kerajaan.
Dr Noor Hisham berkata media dan wartawan sudah banyak memberikan sumbangan dalam memerangi Covid-19.
“Namun ada sebilangan netizen yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkan maklumat palsu.
“Lebih serius lagi ada orang yang menghasut orang lain untuk tidak mematuhi peraturan dan nasihat yang diberikan,” katanya pada sidang media harian Kementerian Kesihatan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata Menteri Knaan Ismail Sabri telah melaporkan bahawa sehingga hari ini sebanyak 266 kertas siasatan dibuka oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai berita palsu berkaitan Covid-19.
Sebanyak 30 kes diajukan di mahkamah dengan 11 amaran dikeluarkan.
Seramai 18 orang mengaku bersalah. Pada masa sama 330 penafian diterbitkan oleh Kementerian Komunikasi mengenai berita palsu. – 11 Jun, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen