Terpulang pada syarikat pembinaan untuk ujian saringan ke atas kontraktor, kata menteri


Ragananthini Vethasalam

Setakat ini, kerajaan hanya mewajibkan pekerja asing untuk menjalani ujian saringan Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Jun, 2020.

TERPULANG kepada pengurusan syarikat pembinaan sama ada mereka mahu kontraktor tempatan jalani ujian saringan Covid-19 sebelum menjalankan kerja di premis mereka, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga menteri pertahanan berkata, bagaimanapun kontraktor warga asing diwajibkan menjalani ujian saringan berkenaan.

“Sekiranya pengurusan syarikat mahu memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk, mereka berhak meminta kontraktor jalani ujian saringan,” katanya.

“Di pihak kerajaan, kita hanya mewajibkan pekerja asing, terutamanya pekerja pembinaan untuk jalani ujian,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata Kementerian Pendidikan akan melihat untuk membenarkan tadika dan pusat tuisyen swasta kembali beroperasi. – 11 Jun, 2020.

MENYUSUL  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen